Fadhilat Solat Berjemaah
Faiz Dakwah 3Dari IMAM GHAZALI : Fadhilat Solat Berjemaah
Saya pada satu hari berjumpa dgn sahabat lama. sahabat dr sekolah rendah lagi. Beliau datang dan kami minum di sebuah kedai mamak. Kami berbicara tentang agama dan beribadah.bagaimana mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Saya terdetik bersyukur kerana beliau agak banyak ilmu tentang islam dan saya jangkakan beliau mengikuti tabligh.Alhamdulillah....bagi saya inilah ilmu Allah SWT. Allah SWT membuka hati sahabat saya untuk mengajak minum dan sanggup dtg dr subang ke cheras untuk berbual.pada saya itu ilmu yg Allah SWT nak sampaikan kpd saya melalui perantaranya sahabat saya itu. dan pahala juga untuk sahabat saya itu. di sini saya bercerita satu drpd isi penceritaan kami iaitu solat berjemaah.
di dalam islam, Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya menjaga solat.bukan menunaikan solat.namun menunaikan solat itu bukanlah haram. apa itu menjaga solat? apa itu pula menunaikan solat? menunaikan solat bermaksud kita bersolat.contoh solat zohor.kita solat jam 2pm...3pm...3.37pm..4pm...itu menunaikan solat. bagaimana menjaga solat?menjaga solat ialah solat tepat pada waktunya dan berjemaah. sebaiknya dimasjid atau surau.
Rasulullah SAW bersabda : " Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat."
Abu Hurairah ra merawikan bahawa Rasulullah SAW tidak menemukan org dlm sebahagaian solat. Baginda bersabda :
" Waktu itu aku menyuruh sesorg mengimani solat, kemudian aku pergi mencari org2 yg tidak berjemaah,lalu aku bakar rumah2 mereka "
Sesungguhnya solat berjemaah ini besar pahalanya. sesuai utk kita mendapat dan mengumpulkan byk pahala memandangkan kita tidak mengetahui tarikh sebenar bila malaikat maut akan datang menjenguk kita. juga telah berkata Usman ra dlm satu hadis marfu', " siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam." Rasulullah SAW bersabda : " Siapa solat berjemaah sesungguhnya dia telah memenuhi lautannya dengan ibadah "
begitulah besarnya pahala berjemaah. tetapi agak sukar org zaman skrg utk buka berjalan menuju ke masjid berjemaah.
Hatim mengatakan, " Suatu ketika aku tertinggal solat berjemaah. Selepas itu hanya Abu Ishaq sahaja yg bertakziah kpdku. namun jika anakku mati, tentu lbh 10 ribu org yg bertakziah kpdku. kerana org menganggap lbh ringan terhadap musibah agama drpd musibah dunia"
kebesaran dan kehebatan solat berjemaah pada Allah SWT ditunjukkan lagi melalui sabda Rasulullah SAW, " Siapa solat berjemaah 40 hari berturut2 iaitu takbiratul ihram bersama imam, Allah menuliskan utknya 2 kebebasan. Bebas dari kemunafikan dan bebas dari Neraka."
dan dikatakan, " Pada hari kiamat, suatu kaum dihimpunkan. wajah mereka bagai bintang. Maka Malaikat bertanya padanya, " Apa yg kau amalkan?" Mereka berkata " Manakala kami mendengar azan, segera berwudhuk dan tidak lagi membuat perkara lain.". Sekelompok lagi dihimpunkan dgn wajah bagai bulan. Mereka setelah ditanya mereka berkata, " Kami telah berwudhuk sebelum masuk waktu." Kemudian yg lain lagi dgn wajah bagaikan matahari. Mereka berkata," Sewaktu mendengar azan, kami telah berada di masjid".
oleh itu saya berharap kpd diri saya dan kita semua agar dapat memenuhi masjid untuk berjemaah.saya terbyg alangkah baiknya jika jemaah waktu solat zohor,asar dan lain2 seperti jemaah solat jumaat.subhanallah....saya ada terdengar ceramah ustaz kazim dan juga satu ustaz di masjid yg menyampaikan tajuk sebab Allah akan turunnya bala...kata ustaz sepatutnya kita sudah lama diturunkan bala.tetapi mungkin disebabkan beberapa kerat yg masih mencintai masjid dan berjemaah di masjid,Allah SWT tangguhkan..Allahualam....kerana lain2 sebab sudah byk terdapat di negara kita ini spt derhaka ibu,mengutamakan sahabat drpd bapa sendiri, zakat perlu dituntut, amanah digunakan untuk kekayaan dll....semoga Allah SWT memberkati kita. saya juga teringat 11 tahun lepas di mana saya ke umrah. saya suka melihat peniaga2 di mekah di mana azan dibunyikan.mereka segera menutup bahan jualan dgn kain2 dan bergegas ke masjid berjemaah. Alangkah baiknya sekiranya kita juga dapat mencontohi mereka.
jelas disini betapa besarnya pahala solat berjemaah dan tepat waktunya. jadi ini adalah peluang bagi kita.peluang yg amat senang direbut untuk mengumpul bekalan akhirat. saya sentiasa mengingati diri saya dan berharap kita semua blh amalkan. saya selalu ingat bila saya akan mati.mungkin esok.adakah amalan dan pahala dikumpulkan sudah cukup untuk diletakkan di atas neraca Mizan?sebagaimana sabda Rasulullah SAW," banyak-banyaklah mengingati mati.Sesungguhnya ia dapat menghapuskan dosa dan zuhud di dunia." Allahualam....
Sekian
0 comments: